Friday, May 16, 2008

kesihatan



Kopi tongkat Ali Ginseng

Pengenalan

Semakin moden, semakin banyak tenaga diperlukan oleh manusia bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu kita memerlukan tenaga tambahan bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. Pada masa kini kita terpaksa mengambil pelbagai jenis makanan / minuman tambahan bagi membekalkan kita tenaga tambahan. Produk ini mengandungi 5 bahan utama iaitu serbuk kopi, tongkat ali, ginseng, krimer bukan tenusu & trikalsium fosfat yang mampu memberi sumber tenaga.
KANDUNGAN TONGKAT ALI GINSENG COFFEE

1. Kopi Arabica

Kopi ini mewakili 70% pengeluaran kopi diseluruh dunia. Kopi Arabica merupakan kopi yang bermutu tinggi yang berasal dari Brazil. Kopi Arabica ditanam di kawasan tinggi. Suhu yang sejuk dan jauh dari pencemaran menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi. Kopi Arabica kaya dengan rasa dan mempunyai keasidan & ketebalan yang sederhana dengan rasanya tidak terlalu masam. Kopi ini menjalani proses pemilihan, pembakaran & penapisan yang ketat sebelum bertukar menjadi ekstrak kopi.

Kelebihan Kopi Arabica

Mengandungi kafein yang rendah iaitu 2% yang akan mengurangkan risiko ketagihan dan mampu mengurangkan pembengkakan pada saluran otak

Membuat kita lebih peka dengan keadaan sekeliling

Membantu membuka saluran penafasan

Kajian Sains Itali mendapati pengambilan 1 cawan kopi mampu mengurangkan risiko

serangan asma sebanyak 5% manakala pengambilan 2 cawan atau lebih mampu Mengurangkan risiko serangan asma sebanyak 20%.
- Mengurangkan selera makan – membantu mengawal berat badan

Tongkat Ali / Eurycoma Longifolia

Tongkat Ali terkenal sebagai ramuan ubatan tradisional. Tongkat Ali boleh didapati di hutan hujan seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar dan Indo-China. Ekstrak Tongkat Ali digunakan secara tradisional sebagai herba dan juga tonik. Di Vietnam tumbuhan ini dikenali sebagai ‘cay ba binh’ yang dipercayai mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit. Di Malaysia penggunaan tumbuhan ini sudah menjadi satu kegunaan untuk kaum lelaki dimana ia mampu meningkatkan metabolisme tenaga. Ramai ahli sains / doktor membuat kajian tentang fungsi Tongkat Ali.